Hargai Makanan, Buang Sikap Membazir! Kebiasaannya, musim perayaan disambut dengan pelbagai jenis makanan yang enak. Contohnya, ketupat, lemang, rendang dan dodol. Semua makanan yang dimasak pada musim perayaan selalunya akan dimasak dengan kuantiti yang banyak. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran makanan yang berlebihan. Tan Sri Lee Lam Thye pernah berkata bahawa sebanyak 615, 000 metrik tan makanan yang telah dibuang oleh masyarakat pada bulan Ramadan. Tetapi jangan risau kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Credit:Google Konsep ' Kurangkan '. Pastikan kuantiti masakan yang dimasak betul-betul mengikut anggaran tetamu yang hadir. Anda tidak perlu membeli bahan masakan terlalu banyak cukuplah sekadar mengikut jumlah tetamu yang hadir. Salah satu cara lain ialah merancang untuk membuat rumah terbuka secara berkongsi bersama jiran tetangga. Melalui cara ini, amalan potluck adalah cara terbaik untuk mengurangkan pembaziran sek