Skip to main content

Jom Hargai Makanan dan Buang Sikap Membazir !

Hargai Makanan, Buang Sikap Membazir! 

Kebiasaannya, musim perayaan disambut dengan pelbagai jenis makanan yang enak. Contohnya, ketupat, lemang, rendang dan dodol. Semua makanan yang dimasak pada musim perayaan selalunya akan dimasak dengan kuantiti yang banyak. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran makanan yang berlebihan. Tan Sri Lee Lam Thye pernah berkata bahawa sebanyak 615, 000 metrik tan makanan yang telah  dibuang oleh masyarakat  pada bulan Ramadan. Tetapi jangan risau kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Credit:Google

 Konsep ' Kurangkan '.

Pastikan kuantiti masakan yang dimasak betul-betul mengikut anggaran tetamu yang hadir. Anda tidak  perlu membeli bahan masakan terlalu banyak cukuplah sekadar mengikut jumlah tetamu yang hadir. Salah satu cara lain ialah merancang untuk membuat rumah terbuka secara berkongsi  bersama jiran tetangga. Melalui cara ini, amalan potluck adalah cara terbaik untuk mengurangkan pembaziran sekali gus mengurangkan perbelanjaan kita.

Berkongsi itu Tanda Sayang .

Credit:Google

Sejujurnya, pembaziran makanan memang susah untuk dielakkan. Oleh itu, apa salahnya berkongsi makanan yang berlebihan kepada orang lain terutamanya orang yang lebih memerlukan sekali gus kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Selain itu, dengan berkurangnya pembuangan makanann, alam sekitar dapat dijaga dengan lebih baik.

Kempen Kesedaran .

Credit:Google

Pihak berkuasa boleh meningkatkan tahap kepekaan masyarakat tentang pembaziran makanan dengan menganjurkan kempen-kempen kesedaran. Melalui kempen ini, masyarakat akan mengambil berat tentang akibat pembaziran makanan. Pihak penganjur kempen kesedaran boleh menggunakan negara Jepun sebagai contoh negara yang tidak melakukan pembaziran makanan.

Menyediakan Akta Undang-Undang .

Pihak kerajaan berperanan penting untuk membuat dan mengambil tindakan undang-undang  terhadap individu  yang tidak bertanggungjawab melakukan pembaziran makanan. Sebagai contoh,  pegawai penguat kuasa perlu memantau pengunjung restoran dan hotel yang melakukan pembaziran, sebelum disusuli amaran dan denda jika perbuatan itu masih berterusan.


Comments

  1. blog yang sangat bermanfaat dan membantu dalam kehidupan seharian

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Faktor-Faktor Berlakunya Pembaziran Makanan

Faktor-Faktor Berlakunya Pembaziran Makanan Setiap pembaziran pasti ada sebab--sebabnya. Antaranya ialah: Pembaziran makanan sewaktu bulan Ramadhan Credit:Google Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, kebanyakan masyarakat gemar untuk membeli makanan di bazar dan mereka juga akan membeli makanan dengan mengikut nafsu mereka sendiri sahaja. Mereka sangka mereka pasti akan menghabiskan makanan tersebut tetapi apabila tiba waktu berbuka, makanan tersebut tidak habis dan dibuang begitu sahaja. Kesannya, berlaku pembaziran makanan sekaligus pembaziran wang. Pembaziran Makanan Berlaku daripada Majlis Kenduri-Kendara                                                                                                 Credit:Google Jika anda perasan, selalunya apabila kita ke majlis kenduri-kendara, kebiasaannya tetamu yang hadir ke majlis tersebut akan berebut-rebut mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Tambahan pula, tong sampah yang berada di majlis kenduri itu juga kebias

Kesan Pembaziran Makanan Pada Musim Perayaan

Kesan  Pembaziran Makanan Pada Musim Perayaan  Firman Allah SWT dalam surah yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” al-Isra’ ayat 27  .  Pembaziran makanan adalah satu sebab mengapa tempat pembuangan sisa penuh dengan sampah dan seterusnya menyebabkan bumi penuh dengan sampah. Penyebaran Wabak Penyakit Berjangkit  Credit:Google Disebabkan pembuangan sisa makanan yang berleluasa, telah mendatangkan pelbagai wabak penyakit seperti demam denggi dan virus zika. Demam denggi berpunda daripada tempat pembuangan sampah yang bertakung.  Vektor demam denggi adalah dari nyamuk Aedes betina. Penyakit demam denggi boleh mengakibatkan kematian jika tidak dicegah dengan kadar segera.  Berlaku pencemaran bau Credit:Google Pembaziran makanan menyebabkan pencemaran bau kepada alam sekitar disebabkan pembuangan sisa makanan di merata tempat. Sela