Faktor-Faktor Berlakunya Pembaziran Makanan Setiap pembaziran pasti ada sebab--sebabnya. Antaranya ialah: Pembaziran makanan sewaktu bulan Ramadhan Credit:Google Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, kebanyakan masyarakat gemar untuk membeli makanan di bazar dan mereka juga akan membeli makanan dengan mengikut nafsu mereka sendiri sahaja. Mereka sangka mereka pasti akan menghabiskan makanan tersebut tetapi apabila tiba waktu berbuka, makanan tersebut tidak habis dan dibuang begitu sahaja. Kesannya, berlaku pembaziran makanan sekaligus pembaziran wang. Pembaziran Makanan Berlaku daripada Majlis Kenduri-Kendara Credit:Google Jika anda perasan, selalunya apabila kita ke majlis kenduri-kendara, kebiasaannya tetamu yang hadir ke majlis tersebut akan berebut-rebut mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Tambahan pula, tong sampah yang berada di majlis kenduri itu juga kebias