Skip to main content

Faktor-Faktor Berlakunya Pembaziran Makanan

Faktor-Faktor Berlakunya Pembaziran Makanan

Setiap pembaziran pasti ada sebab--sebabnya. Antaranya ialah:

Pembaziran makanan sewaktu bulan Ramadhan

Credit:Google

Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, kebanyakan masyarakat gemar untuk membeli makanan di bazar dan mereka juga akan membeli makanan dengan mengikut nafsu mereka sendiri sahaja. Mereka sangka mereka pasti akan menghabiskan makanan tersebut tetapi apabila tiba waktu berbuka, makanan tersebut tidak habis dan dibuang begitu sahaja. Kesannya, berlaku pembaziran makanan sekaligus pembaziran wang.

Pembaziran Makanan Berlaku daripada Majlis Kenduri-Kendara

                                                                                                Credit:Google

Jika anda perasan, selalunya apabila kita ke majlis kenduri-kendara, kebiasaannya tetamu yang hadir ke majlis tersebut akan berebut-rebut mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Tambahan pula, tong sampah yang berada di majlis kenduri itu juga kebiasaannya akan penuh dengan sisa makanan. Ini menandakan bahawa tetamu yang hadir tidak menghabiskan makanan yang diambil. Contohnya, isi ayam masih ada banyak di atas pinggan tetapi disebabkan terdapat makanan yang lain, isi ayam tersebut tidak dapat dihabiskan. Jadi, para tetamu yang hadir perlulah mengambil makanan dengan sekadarnya.

Makanan itu Mudah Didapati

                                                                                                Credit:Google

Pada zaman ini, semua perkara hanya di hujung jari. Contohnya perkhidmatan belian makanan secara atas talian seperti FoodPanda, Mcdonald, KFC dan lain-lain. Hal yang demikian, masyarakat tidak perlu untuk menyusahkan diri untuk keluar membeli makanan. Pembelian makanan secara atas talian membuatkan masyarakat akan kerap membeli makanan mengikut nafsu semata yang mengundang pembaziran.

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Pembaziran Makanan Pada Musim Perayaan

Kesan  Pembaziran Makanan Pada Musim Perayaan  Firman Allah SWT dalam surah yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” al-Isra’ ayat 27  .  Pembaziran makanan adalah satu sebab mengapa tempat pembuangan sisa penuh dengan sampah dan seterusnya menyebabkan bumi penuh dengan sampah. Penyebaran Wabak Penyakit Berjangkit  Credit:Google Disebabkan pembuangan sisa makanan yang berleluasa, telah mendatangkan pelbagai wabak penyakit seperti demam denggi dan virus zika. Demam denggi berpunda daripada tempat pembuangan sampah yang bertakung.  Vektor demam denggi adalah dari nyamuk Aedes betina. Penyakit demam denggi boleh mengakibatkan kematian jika tidak dicegah dengan kadar segera.  Berlaku pencemaran bau Credit:Google Pembaziran makanan menyebabkan pencemaran bau kepada alam sekitar disebabkan pembuangan sisa makanan di merata tempat. Sela

Jom Hargai Makanan dan Buang Sikap Membazir !

Hargai Makanan, Buang Sikap Membazir!  Kebiasaannya, musim perayaan disambut dengan pelbagai jenis makanan yang enak. Contohnya, ketupat, lemang, rendang dan dodol. Semua makanan yang dimasak pada musim perayaan selalunya akan dimasak dengan kuantiti yang banyak. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran makanan yang berlebihan. Tan Sri Lee Lam Thye pernah berkata bahawa sebanyak 615, 000 metrik tan makanan yang telah  dibuang oleh masyarakat  pada bulan Ramadan. Tetapi jangan risau kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Credit:Google  Konsep ' Kurangkan '. Pastikan kuantiti masakan yang dimasak betul-betul mengikut anggaran tetamu yang hadir. Anda tidak  perlu membeli bahan masakan terlalu banyak cukuplah sekadar mengikut jumlah tetamu yang hadir. Salah satu cara lain ialah merancang untuk membuat rumah terbuka secara berkongsi  bersama jiran tetangga. Melalui cara ini, amalan potluck adalah cara terbaik untuk mengurangkan pembaziran sek